Period Amir Umara Ibnu Raiq (d.942)

Ibn Raiq dilantik sebagai emir umara pada 936 oleh Abbasid al-Radi (r.934-940). Ibn Raiq mengganti Ibnu Muqla yang memegang jawatan vizier kepada al-Radi. Ibn Muqla menjadi vizier Abbasid  sebanyak tiga kali iaitu 928-930 (period Abbasid al-Muqtadir), 932-933 (period Abbasid al-Qahir r.932-934) dan 934-936 (period Abbasid al-Radi).

Pada 938 berlaku pergolakan oleh tentera Turks yang berakhir dengan Ibn Raiq diganti oleh Bajkam sebagi amir. Pada 941 Ibn Raiq dilantik semula sebagai amir iaitu ketika period Abbasid al-Muttaqi. Namun hanya sebentar sahaja kerana pada 942 Ibn Raiq mati dibunuh oleh komplot diketuai Nasir al-Dawlah.

Sebelum kematian Ibnu Raiq pada 942 beliau dan al-Muttaqi melari diri keluar dari Baghdad kerana serangan oleh tentera Turks Dailam yang diketuai al-Baridi.

Kesimpulannya Ibnu Raiq memegang jawatan amir dua kali iaitu pertama pada Nov 936 – Sept 938 (period Abbasid al-Radi). Kemudian kali kedua pada Sept 941 hingga Feb 942 (period Abbasid al-Muttaqi r.940-944).

Sebuah kedai di Hudaybiah

– – – – –

Leave a comment