Pengganti Muizz ad-Dawla – Izz ad-Dawla (d.978)

Muizz al-Dawla meninggal dunia pada 356/967 iaitu ketika period pemerintahan Abbasid al-Muti (r.946-974). Selepas kematian Muizz, beliau diganti oleh anaknya Izz ad-Dawla sebagai amir Baghdad. Izz ad-Dawla tak begitu cekap dalam pentadbiran berbanding ayahnya. Maka sesetengah penulis chronicles (seperti Maskawayh) memanggil Izz dengan nama asal saja iaitu Bakhtiyar.

Ketika period ini berlaku pula peperangan dengan empayar Byzantine. Rakyat Baghdad marah kerana al-Muti tidak berusaha membantu pejuang menentang Byzantine. Izz pula mengambil kesempatan cuba menunjuk sokongan terhadap tentera menentang Byzantine. Izz juga meminta al-Muti membayar banyak wang denda untuk membantu peperangan. Al-Muti membantah kerana beliau sendiri tak punya wang kerana hal kewangan sememangnya dikawal oleh Buyid Izz. Namun begitu al-Muti tetap juga membayar denda yang dituntut.

Masih di Hudaybiah

– – – – –

Leave a comment