Period Pemerintahan Osman II (1618-22)

Sultan Osman II naik takhta pada usia muda 14 tahun. Namun setelah beberapa tahun beliau mula menunjuk kemampuan untuk mentadbir. Sultan Osman II cuba bertindak agresif dan melakukan beberapa reformasi. Namun usaha beliau terhalang kerana pengaruh ibunya dan juga komplot politik yang cuba menjatuh beliau.

Di samping politik dalaman period pemerintahan Osman II turut mendepani pergolakan dengan Safavid Iran dan kerajaan Kristian Poland. Safavid pada period Osman II dipimpin oleh Syah Abas. Osman telah mengarah pasukan pimpinan Halil Pasya untuk berdepan dengan Safavid. Pasukan Halil Pasya bergabung dengan tentera Khan Krimea sehingga memaksa Syah Abas melarikan diri ke Ardabil. Pada September 1618 Safavid mengada Perjanjian Serav dengan Ottoman dan mereka bersetuju membayar ufti.

Manakala dengan Poland pula wazir besar Ali Pasya mengambil keputusan berperang dan ini disokong oleh Osman II. Namun keputusan tersebut ditentang oleh para pegawai dan angkatan tentera. Maka apabila Osman II turun memimpin pasukan ke Poland hasrat beliau untuk menawan Khotin iaitu sebuah kubu Poland tidak tercapai. Para tenteran Osman II hilang semangat. Keadaan tersebut memaksa Osman II menandatangani perjanjian khotin pada 1621.yang timbul di

Krisis Poland tersebut membawa impak besar kepada Ottoman dan juga Osman II. Kerajaan Ottoman menjadi lemah manakala Osman II pula berasa amat kecewa terhadap pasukan Janissari. Selanjutnya Osman mengambil keputusan membentuk pasukan tentera yang baru. Keputusan Osman tersebut membuatkan Janissari memberontak terhadap Osman II. Maka pada 1622 mereka bertindak menangkap Osman II serta membunuhnya. Berikutnya pasukan Janissari melantik semula Mustafa I sebagai sultan.

33 Eyup-Mosque

Masjid Eyup (source : globotreks – link)

[dinamakan sebagai mengingati Abu Ayub al-Ansari?]

– – – – –

Leave a comment