Ottoman ke16 – Sultan Osman II (1618-22)

Selepas Sultan Mustafa I (r.1617-18) diturun takhta naik sebagai Ottoman ke16 ialah Sultan Osman II. Beliau adalah putera kepada Sultan Ahmed I (Ottoman ke14) dan saudara tiri Mustafa I (Ottoman ke15). Osman II naik menjadi sultan pada usia yang muda iaitu 14 tahun. Para pembesar Ottoman pada period tersebut yang dipimpin oleh wazir besar Ali Pasya menaikkan Osman II mengganti Mustafa I selepas hanya tiga bulan duduk di takhta Ottoman.

Bagaimana pun setelah empat tahun memerintah pada 1622 Sultan Osman II pula dilucut kuasa. Tindakan tersebut diambilbuat oleh kumpulan tentera Janissari yang membantah rancangan Osman II untuk berperang. Setelah dilucut kuasa Mustafa I naik semula sultan bagi period pemerintahan kedua (selepas kali pertama pada 1617-18). Sebaik Sultan Mustafa dilantik semula Osman II telah dibunuh oleh pasukan elit Janissari.

33 topkapi

Salah sebuah bangunan Topkapi [go turkey – link]

– – – – –

Leave a comment