Ottoman ke15 Mustafa I (1617-18 dan 1622-23)

Selepas kematian Sultan Ahmed I naik sebagai pengganti beliau ialah adiknya yang bernama Mustafa sebagai Sultan Mustafa I. Beliau menjadi Sultan sebanyak dua kali iaitu lantikan pertama pada 1617-1618 dan diturun jawatan serta diganti pada 1618. Kemudian selepas empat tahun pada 1622 Sultan Mustafa naik sekali lagi sebagai Sultan buat kali kedua.

Sultan Mustafa I merupakan sultan pertama dilantik melalui sistem akbariye dan arshadiye yang diperkenal oleh Sultan Ahmed I (entri). Sultan Mustafa I bukan saja tidak punya pengalaman pentadbiran malah dia juga menhidapai penyakit mental dan stress. Mustafa dilantik sebagai sultan melalui pengaruh kuat Kosem Sultan. Beliau adalah isteri Sultan Amed I dan ibu kepada Murad IV. Kosem Sultan bimbang kepada naiknya seorang lagi pewaris takhta iaitu Osman II (anak Sultan Ahmed I dengan isterinya Hatice Mahfiruze Sultan).

Sultan Mustafa I bertahan menjadi sultan buat period pertama cuma untuk tempoh tiga bulan sahaja. Keadaan kesihatan mental beliau yang buruk menyebabkan para pembesar Ottoman mengambil keputusan menurunkan beliau dari takhta. Beliau naik takhta pada November 1617 dan diturun dari takhta pada Februari 1618. (wiki). Sultan Mustafa diganti oleh Osman II.

32 hagia sophia

Hagia Sophia (source: bangkok post – link)

– – – – –

Leave a comment