Buwayhid Kawal Kewangan Abbasid al-Mustakfi (945M) dan Abbasid Seterusnya

Penguasaan para pembesar ke atas khalifah Abbasid berterusan sejak sekian lama. Ketika period al-Mustaqfi kuasa pentadbiran Abbasid jatuh ke tangan pembesar kalangan Buwayhid yang mula masuk Baghdad pada 945M. Pembesar yang berkuasa pada period tersebut adalah Mu’izz ad-Dawlah. Beliau memutuskan supaya al-Mustaqfi diberi elaun cuma dua ribu dirham sehari. Bermakna untuk sebulan al-Mustaqfi menerima enam puloh ribu dirham bersamaan 4600 dinar. Bayaran elaun ini pula selalunya lewat. Kerana kelewatan ini ad-Dawlah kemudiannya memberi elaun tambahan sebanyak dua ratus ribu dinar setahun.

Nasib malang menimpa al-Mustaqfi apabila Muizz ad-Dawla menjatuhkan beliau dan di ganti oleh al-Muti. ad-Dawlah memutuskan elaun dibayar kepada al-Muti dikurangkan kepada dua ratus ribu dinar setahun. Dua tahun kemudian ad-Dawlah mengambil keputusan menghentikan bayaran elaun harian kepada al-Muti. Bukan setakat menghenti elaun harian malah ad-Dawlah juga sering merampas harta al-Muti, istana beliau dirompak dan barangan berharga milik al-Muti dilarikan. Kejadian rampasan harta milik khalifah Abbasid ini berulangan sebanyak tiga kali sepanjang period Buwayhid.

Hal yang sama telah berlaku ke atas al-Radi, Abbasid sebelum al-Mustakfi. Begitu jugalah nasib yang menimpa al-Muttaqi. Malah lebih teruk kerana bukan sahaja harta dirampas malah mata al-Muttaqi telah dibutakan.

Ketika period Abbasid al-Qadir, ad-Dawlah Buwayhid membayar elaun tahunan yang sama banyak seperti kepada Abbasid sebelum beliau. al-Qadir juga mendapat ganjaran dalam bentuk dagangan berharga seperti aloe wood, dan camphor. Turut diberi kepada al-Qadir adalah pakaian mewah dan wangian. Berikutnya, Buwayhid Jalal ad-Dawla pula memutuskan untuk memberikan perks yang sama kepada Abbasid berikutnya iaitu al-Qaim.

Apa pun dapat dilihat bahawa Abbasid pada ketika period amir al-umara (Buwayhid dan sebelumnya) menerima gaji dan elaun yang berkurangan. Hal ini sangat memberi kesan kepada sumber kewangan Abbasid. Sebagai contoh wang yang sedikit diterima oleh al-Muti menyebabkan beliau mengambil keputusan tidak membantu kerajaan Islam yang berperang melawan Byzantine. Pada period al-Muti berkuasa Bakhtiyar telah memohon bantuan menentang Byzantine.

Krisis ekonomi pada period Abbasid dan Buwayhid rakyat pula sering melakukan kecurian dan rompakan. Kegawatan pada period Abbasid mengakibatkan penentangan dan konflik sosial yang semakin meningkat.

Rock Rose Edin

– – – – –

Leave a comment