Abbasid ke-23 al-Muti (r.946-974)

Abbasid al-Muti lahir pada 914. Beliau anak kepada khalifah al-Muqtadir dengan ibu bernama Mashala (wiki menulisnya Saghla) berasal dari Sicily. Beliau bersaudara dengan al-Radi dan al-Muttaqi. al-Muti bermusuhan kuat dengan al-Mustakfi (Abbasid ke 22). Permusuhan sesama mereka memaksa al-Muti menyembunyi diri ketika al-Mustakfi naik takhta. Beliau dilantik khalifah sebaik al-Mustakfi dilucut jawatan.

al-Muti naik menjadi khalifah pada usia 34 tahun. Beliau memegang jawatan selama lebih 29 tahun. al-Muti mampu bertahan begitu lama kerana rela menerima kedudukan khalifah sekadar lambang. Sedangkan kuasa sebenar berada di tangan Buwayhid Muiz al-Dawla. Beliau berkuasa selama 22 tahun. Selepas Muiz al-Dawla meninggal dunia pada 967 jawatan beliau diserah kepada anaknya Amir Bakhtiar dengan gelaran Izz ad-Dawlah.

Satu peristiwa sejarah yang berlaku ketika pemerintahan al-Muti adalah Hajarul Aswad dikembalikan semula ke Kaabah Mekah. Peristiwa berlaku pada 950M dipulang oleh puak Qaramitah yang telah membawa lari dan menyimpan selama 22 tahun di Wadi Hajar. Nama pencuri Hajar Aswad ialah Abu Thahir Sulaiman bin Abi Sa’id al-Husin al-Janabi (d.944 – wiki)

Pada 974 al-Muti jatuh uzur kerana diserang sakit lumpuh. Maka Izz ad-Dawlah bertindak mengarah beliau berundur dari jawatan. Izz ad-Dawlah melantik pula at-Tai iaitu anak al-Muti sebagai pengganti. al-Muti meninggal dunia pada 975 pada usia 63 tahun.

Dewan Perwakilan Rakyat Daerah

DPRD Kota Bukittinggi

– – – – –

Leave a comment