Pemerintah Agung Ottoman Mahmud II (r.1808-1839)

Mahmud II adalah pemerintah Ottoman ke-30. Beliau memegang takhta Sultan Ottoman pada period 1808 hingga 1839. Period pemerintahan Mahmud II menyaksikan banyak reformasi dalam sistem pentadbiran, fiskal dan juga ketenteraan. Banyak wilayah empayar Ottoman mula dapat bebas. Antaranya adalah Serbia yang berjaya mendapat kuasa autonomi. Greece pula mula memperjuang untuk mendapat kemerdekaan.

Pada 1826 Mahmud membuat reformasi ketenteraan dengan menamatkan Kor Janassari dan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka. Seterusnya Mahmud II menubuhkan sebuah angkatan tentera baru. Pada 1834 Mahmud melakukan satu lagi reformasi iaitu menubuhkan perkhidmatan pos. Beliau juga mewajibkan pendidikan sekolah rendah di seluruh empayar. Mahmud II juga membuka sekolah perubatan dan menghantar ramai pelajar melanjutkan pelajaran ke Eropah. Beliau juga memperkenal pakaian ala Eropah dalam wilayah jajahannya.

Satu lagi reformasi Mahmud II adalah memperkenal reformasi Tanzimat yang menzahirkan dokumen rasmi penting Hatt-i Serif Gulhane dan Hatti Humayun.

Mahmud II juga menghadapi serangan dari tentera pimpinan Ibrahim Pasya iaitu anak kepada Ali Pasya. Mahmud II pernah berjanji untuk melantik Ali Pasya sebagai Gabenor Syria. Namun Mahmud II mungkir janji maka Ibrahim Pasya bertindak menyerang Syria yang ketika itu sebhagian empayar Ottoman. Ibrahim Pasya berjaya merampas Damsyik, Aleppo dan seterusnya Konya.

Pada 1839 Mahmud II menghantar tentera ke Syria untuk menyerang Mesir.Wakau bagaimana pun pasukan Mahmud II tewas teruk di Nizip, sebuah daerah di tenggara Turki. Tidak lama selepas kekalahan tersebut Mahmud II pula meninggal dunia.

mahmud ii tomb

Tomb of Mahmud II (source – link)

– – – – –

Leave a comment