Pemerintah Agung Ottoman Selim III (r.1789-1807)

Selim III ialah pemerintah Ottoman ke-28. Beliau menjadi Sultan Ottoman pada period April 1789 hingga Mei 1807.  Perlu diingat pada 1789 berlaku sejarah penting dunia iaitu berlakunya Revolusi Perancis. Seterusnya diikuti pula Napoleon Bonaparte muncul berkuasa di Paris pada 1804 hingga 1815. Salem III naik takhta ketika tercetusnya perang dengan Austria dan Russia. Salem III juga diingati sebagai pemimpin Ottoman yang banyak memulakan reformasi moden dalam daulah Uthmaniyah.

Cubaan pertama Salem untuk memodenkan Kor Janissari mendapat tentangan. Namun beliau menerus usaha dengan menubuh pasukan tentera baru dikenali Nizam-i Cedid. Pasukan tersebut dilengkapi dengan senjata moden dan dan diajar tektik perang yang diguna pakai Eropah. Kewangan bagi penubuhan Nizam-i Cedid didapatkan melalui tabung baru ketenteraan yang diusahakan oleh Selim III. Beliau juga membina beberapa buah kilang senjata dengan bantuan dan tunjuk ajar pasukan dari Eropah.

Walau pun banyak pembaharuan dilakukan oleh Selim III namun usaha beliau dibenci oleh puak Janissari. Kor Janissari akhirnya memberontak dan menggulingkan Selim III. Beliau dihukum penjara dan diganti pula oleh sepupunya iaitu Mustafa IV (Mei 1807 hingga Julai 1808).

Sebuah buku tentang Selim III

– – – – –

Leave a comment