Ottoman Abdul Aziz dan Ancaman Young Turks Serta Kristian Eropah

Satu cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Abdul Aziz adalah penentangan yang datang dari kumpulan Young Turks. Penentangan ini mula muncul pada tahun 1865 berpunca rasa tidak puas hati mereka terhadap kuasa berlebihan Perdana Menteri (grand vizier) serta dasar Tanzimat yang pro-Barat. Antara tokoh Young Turks adalah Ibrahim Sinasi (1824-1871), Ziya Pasha (1825-1880) dan Namik Kemal (1840-1880). Mereka pada asalnya adalah pengikut Mustafa Reshid Pasha, pemimpin dan perdana menteri yang merangka Tanzimat. Namun kemudian mereka menentang pula perdana menteri selepas Reshid iaitu Ali Pasha dan Fuad Pasha kerana kuasa berlebihan sehingga berlaku penyelewengan kuasa. Mereka ini lari ke Eropah pada 1867 setelah rahsia terbuka dan kembali semula setelah Ali Pasha tiada lagi.

Selain ancaman Yong Turks Abdul Aziz juga menghadapi satu lagi ancaman yang lebih besar iaitu tekanan oleh kuasa Barat. Mereka menghasut kaum non-Muslim Turki supaya bangun menentang Ottoman atas alasan tidak berpuas hati dengan hak yang diberi undang-undang terhadap mereka. Pemberontakan ini mula tercetus di Serbia pada 1861. Penentangan Serbia berjaya diatasi oleh Omar Pasha. Namun atas desakan Eropah Ottoman terpaksa memberi kemerdekaan kepada Serbia pada 1867 setelah menguasainya sejak 1521.

Pergolakan juga berlaku di Crete pada 1866 dengan sokongan oleh Russia. Satu lagi pergolakan ialah di Bulgaria. Mereka meminta Ottoman membantu supaya boleh membina gereja sendiri bebas dari tekanan gereja ortodoks Greek. Bulgaria lebih terpengaruh dengan agama Katolik yang berkembang di Austria.

mosque ankara

Kocatepe Mosque, Ankara (wiki)

– – – – –

Leave a comment