Ottoman Period Murad IV (1623-40)

Masalah pertama yang dihadapi oleh Murad IV adalah pemberontakan dalaman yang ditimbulkan oleh Mehmed Pasya. Mehmed ialah Gabenor di Erzurum dan beliau memberontak untuk menuntut bela atas kematian Sultan Osman II. Mehmed berjaya menawan Erzurum pada 1624 dan beliau bertindak menekan pasukan Janissari yang sebelumnya telah membunuh Osman II. Hafiz Ahmed Pasya yang berkahwin dengan anak Vilade Sultan telah diarah menentang pasukan Mehmed Pasya. Pasukan Ahmed Pasya berjaya menewaskan Mehmed Pasya di Anatolia Tengah. Pada 1628 Ahmed Pasya bangkit sekali memberontak di Erzurum. Namun kali ini beliau tewas dan dapat di tangkap serta dibawa ke Istanbul. Apabila Sultan Murad mengetahui yang Ahmed Pasya memberontak semata-mata untuk membela Osman II maka beliau diberi keampunan.

Pada 1632 Sultan Murad IV mula bertindak lebih agresif dan menguatkan cengkaman pemerintahan beliau. Beliau memperkenal era rejuvenasi bermakna kuasa pemerintahan berada penuh ditangan beliau. Bukan lagi dipengaruhi ibu dan wazir besar seperti period lapan tahun silam. Antara langkah baru yang beliau ambil adalah mengharamkan arak dan rokok. Murad IV juga mengarah kedai kopi ditutup kerana ia menjadi pusat pertemuan para petualang dan penyamun seluruh wilayah Ottoman.

Pada 1635 Sultan Murad IV mengambil tindakan keras ke atas puak Druze yang mencetus huru-hara di wilayah Lebanon dan Syria. Pemimpin mereka Fakhrudin al-Ma’ani ditangkap dan dibawa ke Istanbul dan telah dihukum bunuh. Sultan Murad IV turut mengambil tindakan ke atas Safavid Iran pimpinan Syah Abas. Pada 1635 Murad IV menghantar pasukan Safavid dan Ottoman berjaya menguasi Benteng Yerevan.

Pada 1638 Sultan Murad mara lagi dan kali ini sasarannya adalah kota Baghdad. Setelah sebulan mengepung akhirnya beliau berjaya menguasai Baghdad. Di Baghdad Murad IV sempat melawat makam Syeikh Qadir Jailani dan makam Imam Abu Hanifah. Dengan kejayaan tersebut Murad IV telah digelar “Conqueror of Baghdad”.

37 yereven pavilion topkapi

Yereven Pavilion, Topkapi (source – link)

– – – – –

 

Leave a comment