Ottoman ke17 Murad IV (1623-40)

Sultan Mustafa I diturunkan dari takhta buat kelai kedua pada 1623. Beliau diganti oleh Murad IV yang diangkat menjadi Sultan Ottoman ke17. Murad IV ialah anak saudara kepada Sultan Mustafa I (Ottoman ke15) dan adik kepada Osman II (Ottoman ke16). Murad IV menaiki takhta Ottoman pada usia amat muda iaitu 11 tahun. Oleh kerana usia yang muda urusan pemerintahan banyak dikendali oleh ibu beliau (Valide Sultan) Maypeyker Kosem bersama Wazir Kemankes Ali Pasya. [Bava valide sultan (mlja – entri). Separuh period awal (lapan tahun pertama) pemerintahan Murad IV di bawah tadbiran Valide Sultan dan wazir. Pada period awal pemerintahan negara berada dalam keadaan kucar kacir dengan ancaman dari dalam dan luar. Manakala perbendaharaan negara pula hampir habis. Lapan tahun berikutnya barulah Murad IV memerintah menggunakan kebijaksanaan beliau sendiri.

Sultan Murad IV meninggal dunia pada 1640 ketika usia baru 28 tahun akibat sakit gout. Sebelum kematiannya beliau berjaya memulihkan keamanan wilayah dan juga memulihkan perbendaharaan negara. Murad IV juga menyumbang pembaikan Masjidil Haram Mekah dan Masjid Nabawi Madinah. Usaha pembaikan yang bermula pada 1629 akibat banjir besar dan selesai kerja pada 1640.

Sultan Murad IV diganti oleh adik beliau yang bernama Ibrahim.

erdine palace

Sebahagian dari binaan Erdine Palace (tour turkey – link)

– – – – –

Leave a comment