Armada Laut Ottoman Period Suleyman

Satu pencapaian besar pemerintahan Suleyman ialah terbangunnya angkatan armada laut Ottoman. Penyumbang besar dalam membangun dan menjayakan armada Ottoman datang dari keluarga Reis. Ekspedisi pertama armada period Suleyman ialah ke Pulau Rhodes pada 1522. Pulau Rhodes pada ketika itu menjadi markas golongan kesatria Yahudi yang dikenali sebagai Knights of St John. Mereka ini pernah terlibat dalam perang salib 1095-1291 dulu. Mereka juga membantu Mamluk dalam memerangi Ottoman pada 1517. Ekspedisi Pulau Rhodes ini berjaya dan Suleyman melantik Muslihidin Reiss (d.1535) sebagai pemerintah Ottoman (Sanjakbegi) Pulau Rhodes (wiki – muslihidin reis). Kumpulan Knights of St John pula melarikan diri ke Pulau Malta yang dihadiah kepada mereka oleh Raja Charles V pada 1522.

Armada Ottoman memula peranan sebelum Suleymaniaitu ketika zaman Sultan Bayezid II (r.1481-1512). Armada ketika itu dipimpin oleh Kemal Reiss. Armada Kemal Reiss memain peranan besar dalam misi menyelamat orang Islam yang ditindas oleh Sepanyol di Andalusia.

Armada Ottoman terus unggul ketika period Suleyman melalui peranan tokoh dua beradik Uruj dan Khairuddin Barbarossa. Nama asal mereka adalah Oruch Reiss dan Hizir Reiss. Gelaran Barbarossa bermaksud ‘janggut merah’. Sebenarnya mereka ada empat beradik dua lagi bernama Ishak dan Ilyas. Mereka berasal dari Pulau Mytilene (Midili) yang mula dibuka kepada orang Islam pada 1462. Uruj dan Khairuddin Barbarossa mula sejak zaman Sultan Selim I (r.1512-1520). Pemerintahan Kristian Sepanyol bukan sahaja menindas umat Islam Andalusia malah turut bertindak untuk mengkristian umat Islam Algiers Afrika Utara. Pada ketika inilah Uruj dan Khairuddin Barbarossa mara membantu dan berjaya menakluki pelabuhan Jijel dan kota Aljiers.

Puak Kristian Sepanyol masih berusaha menyerang Afrika Utara dan mereka berpakat dengan pemimpin Islam setempat untuk bersama menentang dua beradik Barbarossa. Mereka yang cuba dihasut ialah Salim al-Toumi di Aljiers dan Amir Tilmisan (Tlemcen). Pada 1518 mereka menyerang bersama tetapi Barbarossa berjaya mengalahkan armada Kristian. Namun Uruj meninggal dunia pada 1518 dan tinggallah Khairuddin meneruskan perjuangan. Beliau meminta bantuan Sultan Selim dan akhirnya berjaya meletakkan Algiers di bawah Ottoman pada 1519.

Pada 1533 Sultan Suleyman menjemput Khairuddin datang ke Istanbul. Beliau dilantik oleh Suleyman sebagai Gabenor wilayah Jeyazir dan juga menguasai Tunis. Namun Khairuddin terpaksa mengembali Tunis kepada keluarga Hasan bin Muhammad. kerana dikalahkan oleh Hasan dengan bantuan armada Sepanyol. Namun pada 1574 Tunisia dapat semula kepada Ottoman.

Pada 1538 armada pimpinan Reiss berjaya mengalahkan pasukan Kristian dalam Perang Preveza di sekitar Laut Ionia. Manakala pada tahun 1546 Khairuddin Barbarossa meninggal dunia dan jawatan beliau diganti oleh anaknya bernama Hassan. Pada 1552 seorang lagi keturunan Reiss iaitu Salih Reiss telah dilantik mengganti Hassan.

Ada seorang lagi keturunan Resii bernama Turgut Reiss yang turut memimpin armada laut. Beliau berjaya menewas pasukan armada laut Kristian yang datang menyerang Tripoli pada 1552. Tugrut Reiss gugur syahid ketika memimpin pasukan menyerang kumpulan di Malta pada 1565.

barbarosa ship

Gambaran kapal armada Barbarossa (source – link)

– – – – –

Leave a comment