Ottoman Suleyman Melawan Tentera Eropah

Salah satu kehebatan Suleyman The Magnificient adalah keberanian dan kegagahan beliau dan tenteranya berdepan dengan tentera musuh dari negara Eropah. Sebanyak tiga belas siri peperangan berlaku di antara Ottoman dengan Barat dan kesemuanya dipimpin sendiri oleh Suleyman. Kempen peperangan pertama adalah pada 1521 iaitu dikenali The First Hungarian Campaign atau The Campaign of Angurus. Suleyman berjaya membuka jalan masuk ke Belgrade. Penduduk Belgrade diberi pilihan meninggalkan kota Belgrade atau terus mendiami Belgrade dengan membayar jizyah.

Seterusnya pada 1522 Suleyman masuk menyerang Rhodes Island. Pada masa tersebut Rhodes menjadi kubu kuat tentera Yahudi. Mereka bertahan dan mendiami Pulau Rhodes selepas perang Sabil dan mendirikan Knights of St John. Mereka juga bersepakat dengan Mamluk Mesir menentang Ottoman pimpinan Suleyman. Pertempuran yang berlaku di Rhodes dikenal nama Perang Reydanniyah.

Pada 1526 berlaku perang kedua dengan Hungary. Peperangan berlaku di Mohacs dan akhirnya Suleyman berjaya menawan Buda. Raja Hungary Lajos berjaya dibunuh dan Ottoman mengganti raja baru Janos Zapolya.

Pertempuran ketiga dengan Hungary berlaku pada 1529. Pertempuran tercetus apabila Ferdinand I merampas takhta dari Zapolya dan beliau memohon bantuan Ottoman berdepan dengan Ferdinand I. Ottoman sekali lagi berjaya dan melantik semula Janos Zapolya sebagai Raja Hungary. Pada tahun sama Suleyman mengepung Vienna namun tidak menerus usaha untuk menawan dan beliau kembali semula ke Istanbul.

Pada 1532 sekali lagi Suleyman bertempur dengan Hungary iaitu bila mana Ferdinand I menyerang semula Buda. Pertempuran dengan Ferdinan ini ialah The Third Campaign on Hungary. Akhirnya Ferdinand meminta perdamaian dan melantik semula Janos sebagai Raja. Apabila Janos meninggal dunia pada 1540 Ferdinand mengambil peluang menyerang Budapest. Maka pada 1541 Suleyman bertindak menyerang Hungary dan berjaya mengambil sebahagian wilayah Hungary. Pertempuran ini ialah The Fourth Campaign on Hungary.

The Fifth Campaign on Hungary adalah pada 1547. Ferdinand akhirnya mengaku kalah dan memohon diadakan perjanjian damai. Beliau dapat memerintah sebahagian Hungary dengan membayar ufti tahunan kepada Ottoman.

Pada 1566 Suleyman memimpin pasukan Ottoman untuk bertempur sekali lagi dengan Ferdinand. Kali ini pertempuran berlaku di Vienna. Namun ketika ini Suleyman sudah uzur dan beliau meninggal dunia dalam khemahnya di medan perang pada usia 72 tahun.

Makam Suleyman The Magnificient dibina pada 1566

sumber: madain project (link)

– – – – –

Leave a comment