Uthmaniyah ke4 – Sultan Bayezid I

Selepas kematian Murad I pada 1389 naik sebagai pengganti dan mengetuai Uthmaniyah ialah Sultan Bayezid I. Beliau ialah anak kepada Sultan Murad dan menjadi Uthmaniyah ke4 memerintah period 1389 hingga 1402. Period pemerintahan Bayezid I dipenuhi sejarah gembira dan juga duka. Hal yang gembira adalah bila mana Bayezid berjaya menyatu padu emirates kecil atau wilayah kecil yang pada awalnya memberontak. Bayezid berjaya memulihkan perpaduan politik wilayah Aydin, Saruhan, Mentese, Germiyan dan juga Karaman. Berikutnya perpaduan politik berjaya diwujudkan di wilayah Aksaray, Nigde, Kayseri, Amasya dan kota-kota lainnya.

Pada 1391 Bayezid mulakan usaha menyerang Byzantine untuk menawan kota Konstantinople. Tindakan awal beliau adalah mengepung Konstatinople dan pengepungan itu berterusan selama lima tahun. Pada masa yang sama Bayezid terus juga berusaha masuk ke Eropah dan pada 1394 beliau berjaya menawan Bulgaria, Greece, Venice dan Salonica.

Kejayaan besar Bayezid I adalah menang Perang Salib pada 1396. Bayezid dengan kekuatan tentera cuma seramai  70 ribu berdepan dengan pasukan Salib yang jauh lebih besar seramai 200 ribu. Perang salib tersebut dikenali nama Perang Nikopolis kerana tercetus di pinggir Sungai Danube lokasi tepatnya di kota Nikopol, Bulgaria.

Kemenangan besar Bayezid dalam Perang Sabil pada 1396 menyebabkan Raja Manuel yang menguasai Konstantinople berasa tergugat. Beliau lantas menerima tuntutan Bayezid dan memberi izin membina masjid untuk kegunaan Muslim di wilayah Byzantine. Kejayaan Perang Sabil dan keputusan Raja Manuel menyebabkan Bayezid menunai nazar dengan membina sebuah masjid besar di Bursa. Kota Bursa terletak sekitar 90km dari Istanbul. Kalau berkerta jauhnya sekita 152 km. Lebih dekat denga menaiki feri.

Masjid Besar Bursa (source – istanbul)

– – – – –

Leave a comment