Uthmaniyah ke3 – Sultan Murad I (r.1362-1389)

Pemerintah Ottoman ke3 ialah Sultan Murad I bin Orhan. Sultan Murad I dilantik pemerintah Ottoman mengganti ayahnya. Orhan pada awalnya menamakan abang Murad I iaitu Sulaiman Pasya sebagai bakal pengganti. Namun Sulaiman meninggal dunia lebih awal iaitu pada 1359. Maka Murad I diangkat mengambil tempat Sulaiman Pasya (Pasya ialah gelaran kepada anak sulung).

Sepanjang hampir 30 tahun pemerintahan Murad I telah menempuh 37 peperangan. Beliau berjaya menang kesemua peperangan tersebut. Hasilnya luas wilayah pemerintahannya meningkat dari 95 ribu km persegi pada awal mewarisi  kuasa kepada 500 ribu km persegi. Iaitu pertambahan lima kali ganda.

Kejayaan Murad I bermula pada 1362 dengan menawan Adrianople dan menukarnya kepada nama Edirne. Berikutnya pada tahun 1363 Murad I berjaya menawan Philippi (atau Filibe) iaitu pusat kota Balkan. Pada tahun yang sama bermula Perang Salib pimpinan Raja Louis dari Hungary. Murad I berjaya mengalahkan pasukan Salib tersebut. Sebagai merai kemenangan Murad I telah membina masjid dan banyak banyak institusi kebajikan lain di Bilejik, Bursa dan Edirne.

Kejayaan Murad I yang seterusnya adalah menawan wilayah sekitar Balkan hingga ke Macedonia sekitar 1371-73. Menang Perang Plocnik dan Bileca pada1387-88 dan terakhir menang Perang Kosovo menawan Serbia. Malangnya Murad I telah dibunuh oleh seorang tentera Serbia secara mengejut. Sebahagian jasad Murad I (iaitu organ dalaman) telah dikebumi di pusara berdekatan Kosovo. Jasad Beliau yang lain dibawa pulang dan di kebumi di Bursa.

Setelah kematiannya Murad I diganti oleh Bayezid I.

KK Mart Jonker Walk

– – – – –

Leave a comment