Kerajaan Islam Saingan Abbasid – Idrisid Morocco (788-974)

Setelah tertegak kerajaan Abbasid muncul pula beberapa kerajaan kecil (minor caliphates) berpusat di beberapa tempat lain. Antaranya adalah Idrisid di Morocco, Aghlabid di Tunisia, Tahirid, Samanid, dan Fatimid.

Idrisid adalah kerajaan yang muncul di wilayah Morocco dan berpusat di tiga kota iaitu Walili (788-808), Fez (808-927) dan Hajar an Nasar (927-985). Period kerajaan Idrisid adalah sekitar 788-974. Pengasasnya adalah Idris bin Abdillah (Idris I) dan memerintah dari 788-791. Beliau adalah dari keturunan Saidina Hassan (cucu Saidina Ali). Idris bin Abdillah melarikan diri ke Morocco pada 786M selepas pertempuran dengan pasukan khalifah al-Mansur berhampiran Mekah. Tempat pertama beliau berlindung ialah Tangier. Period pemerintahan Idris I bersamaan dengan zaman khalifah Harun al-Rasyid (r.786-809).

Idrisid dikatakan beraliran Sunni. Namun ada juga pihak yang menyebut mereka Syiah. Period pemerintahan kerajaan Idrisiah pula 788-974 adalah se zaman dengan khalifah Harun al-Rasyid (Abbasid ke-5) membawa kepada Abbasid ke21 al-Muti (r.946-974) dan al-Mustakfi (r.974-991) iaitu Abassid ke 22.

[Baca tentang Idrisid di wiki].

Ruang solat sebuah musola pinggir Paris

– – – – –

One Response to “Kerajaan Islam Saingan Abbasid – Idrisid Morocco (788-974)”

  1. Abbasid al-Hadi Menentang Syiah | geoabbasid's Blog Says:

    […] berjaya mendirikan Dinasti Idrisiyyah di Afrika Utara dengan dokongan puak Berber. Baca – idrisid […]

Leave a comment