Kerajaan Islam Saingan Abbasid – Ikhshidid Mesir (935-969)

Sebuah lagi kerajaan kecil Islam yang wujud di zaman Abbasid adalah pemerintahan Dinasti Ikhshidid di Mesir.  Kerajaan Ikhshidid adalah pada period 935-969 dan ianya berpusat di kota Fustat. Kerajaan Ikhshidid diasaskan oleh Abu Bakar Muhammad ibn Thagh al-Ikhshid (b.1882, d.946). Beliau berketurunan Turk asalnya merupakan panglima Mamluk dan juga gabenor Abbasid yang ditugaskan di wilayah autonomi Mesir. Pada ketika itu Abbasid dipimpin oleh khalifah ar-Radhi (r.934-940).

Sebelum Ikhshidid, Mesir berada dibawah kerajaan Tulunid iaitu dari 868-905M – link. Selepas Tulunid jatuh Mesir kembali semula kepada Abbasid (bermula dari 905) sehinggalah khalifah ar-Radi berkenan melantik Abu Bakar ibn Thagh untuk mentadbir Mesir mengguna gelaran kerajaan Ikhshidid. Perkenan ar-Radi adalah sebagai penghargaan kepada Abu Bakar yang telah berjaya mempertahan Mesir dari serangan Fatimid.

Pemerintah Dinasti Ikhshidid adalah Muhammad ibn Thagh (935-946); Abul Qasim Unujur (946-961); Abul Hasan Ali (961-966); Abul Misk Kafur (966-968); Abul Fawaris Ahmad (968-969). Baca Ikhshidid di wiki.

Mini taman sebuah masjid

– – – – –

Leave a comment