Abbasid ke-20 al-Radi (r.934-940)

Abbasid al-Radi lahir pada 909M. Beliau anak kepada al-Muqtadir dengan ibunya seorang concubine slave (istilah padanan Melayu mungkin gundik) bernama Zhalum (Zalum ejaan di Brill). Apabila ayah beliau al-Muqtadir meninggal dunia pada 932M al-Radi telah dicadang menaiki takhta. Namun ayah saudaranya pula yang bernama al-Qahir yang menjadi pilihan. Beliau dipenjarakan oleh al-Qahir dan dibebaskan sebaik al-Qahir dijatuhkan secara rampasan kuasa pada 934M. Selepas lantikan al-Radi beliau mengarah pembesar menulis segala kejahatan yang dilaku oleh al-Qahir dan membacanya depan khalayak ramai.

Semasa pemerintahan al-Radi para pembesar merasuah beliau untuk mendapatkan jawatan vizier. Antara mereka adalah Ibn Muqla yang telah membayar sejumlah banyak wang untuk menjadi vizier kali kedua. Pada mulanya al-Radi ingin melantik Ali bin Isa namun Ali menolak kerana faktor umur yang sudah lanjut usia.Baca tentang Ibn Muqla (d.940) – wiki.

Period pemerintahan al-Radi dikatakan sebagai penamat kuasa politik khalifah dan naiknya kekuasaan pegawai tinggi tentera. Pada 936M Ibn Muqla telah ditahan dan ditamatkan jawatan vizier. Tempat beliau diganti oleh Ibn Ra’iq pegawai tentera yang juga mengambil kuasa berperanan sebagai khalifah.

Corak pemerintahan al-Radi adalah memberi tugas penting kepada para amirul umara di setiap wilayah. Mereka berkuasa penuh mentadbir dan menyimpan pungutan cukai. Akibatnya pentadbiran Abbasid kekurangan wang yang sangat meruncing sehinggakan gaji para tentera gagal dibayar.

ar-Radi meninggal dunia pada 940M ketika usia 31 tahun kerana sakit. Pengganti beliau sebagai khalifah adalah al-Muttaqi. Beliau adalah anak al-Muqtadir, Abbasid ke-18. Brill menulis kematian al-Radi kerana dropsy.

Baca Brill Vol 8 m/surat 368. Baca juga entri “Amir Ibn Raiq dan Muizz ad-Dawla” dec 2019 (link).

Sebuah musola lorong kota Mekah

– – – – –

One Response to “Abbasid ke-20 al-Radi (r.934-940)”

  1. Amir Ibn Raiq dan Muizz ad-Dawla | geoabbasid's Blog Says:

    […] Raiq berlaku ketika period pemerintahan Abbasid ke20, al-Radi (r.934-940) – entri dec 2009 (link). Kemunculan Buyid Muizz al-Dawla pula adalah ketika period Abbasid ke22, al-Mustaqfi (r.944-946) […]

Leave a comment