Pemerintah Agung Ottoman – Bayezid II (r.1481-1512)

Selepas Mehmed II meninggal dunia pemerintahan Ottoman diwarisi pula oleh anaknya Bayezid II. Pemerintahan Bayezid II lebih dianggap sebagai tempoh rehat dari misi penaklukan. Sebaliknya beliau menyatukan empayar dan menyelesaikan masalah ekonomi yang ditimbulkan oleh Mehmed II. Bayezid II berjaya mendapat sokongan Kor Jannasari dan sokongan kaum bangsawan Turki. Dengan sokongan dua pihak tersebut Bayezid II juga dapat mengurangkan kuasa Devsirme. [Baca hujung entri]

Satu hal yang berlaku adalah penentangan oleh adik Bayezid bernama Cem (ada yang mengeja Jem). Tentangan Cem dapat diatasi oleh Bayezid menyebabkan Cem lari hingga menuju ke Syria pada 1481. Cem akhirnya berjaya mendapat sokongan puak Mamluk. Beliau juga berjaya mendapat dokongan dari pemimpin Turkmen wilayah Karaman. Pada 1482 Cem bertempur sekali lagi menentang Bayezid. Namun sekali lagi Cem dapat dikalahkan.

Bayezid II turut mengambil langkah memperbaiki keadaan ekonomi Ottoman. Antara yang beliau lakukan adalah sebahagian besar tanah yang dirampas sebelum ini dikembali kepada pemilik asal. Kadar cukai diubah dan menubuh tabung perang untuk membiayai ketenteraan tanpa perlu membuat rampasan dan mengena cukai tinggi. Bayezid juga mengembali nilai mata wang syiling dan berikutnya menggalak industri barang kemas.

Berikutnya atas desakan Devsirme Bayezid II menerus usaha melebar penaklukan Eropah bermula dengan menawan Herzegovina. Namun Bayezid gagal dalam usaha untuk menawan Belgrade. Pada 1483-84 Bayezid mencetus perang dengan Poland.

Bayezid juga berkonflik dengan tentera Mamluk dan cuba untuk merebot kota Mekah dan Madinah. Pergolakan dengan Mamluk berlarutan dari 1485 hingga 1491 dan berakhir tanpa kemenagan di mana-mana pihak. Berikutnya Bayezid mengalih tumpuan untuk menyerang Venica. Pada 1499 hingga 1503 Ottoman mula membangun pasukan armada laut.

Pada 1502-03 Bayezid menghadapi pergolakan menentang Safavid Iran yang diketuai oleh Syah Ismail. Sengketa dengan Syah Ismail berterusan hingga tahun 1511. Siri pemberontakan tanpa henti membawa banyak masalah kepada Bayezid II. Maka pada tahun-tahun akhir pemerintahan kuasa Bayezid semakin lemah. Akhirnya Kor Janassari menjatuhkan Bayezid dan mengganti beliau dengan anaknya Selim I sebagai pemerintah baru Ottoman pada April 1512. Sebulan kemudian pada Mei 1512 Bayezid II meninggal dunia.

Baca juga Bayezid II – wiki.

Baca juga “The Devsirme system: a ladder to the top of the Ottoman state for non-Muslim. daily sabah 2015 – link.

Bayezid Kulliyesi, Amasya – dibina pada 1486 oleh Bayezid II

(arch net – link)

– – – – –

One Response to “Pemerintah Agung Ottoman – Bayezid II (r.1481-1512)”

  1. Ottoman ke8 Bayezid II | geoabbasid's Blog Says:

    […] Prologue: entri mengenai Bayezid II (link). […]

Leave a comment