Abbasid Qiyan Arib (d.890)

Banyak juga buku yang ditulis mengesahkan tentang tokoh-tokoh Islam silam. Berbagai judul diberikan dan pemilihan tokoh yang dikisahkan juga pelbagai. Antara buku berkenaan adalah “Islamic Civilization in Thirty Lives: the first 1000 years” oleh Chase Robinson. Beliau memilih tiga puluh tokoh meliputi pelbagai genre. Salah seorang tokoh yang beliau namakan ialah ‘Arib. Pastinya tak ramai kita yang mengenal Arib. Malah mungkin langsung tidak pernah dengar nama Arib.

Chase mengkategori Arib sebagai courtesan of caliph. Bermakna beliau adalah salah seorang ahli di kalangan istana zaman Abbasid dan tentulah rapat pula dengan Abbasid. Kalau dilihat tahun beliau meninggal dunia pada period Abbasid … dan ketika itu usia Arib sudah menjangkau 96 tahun.

Arib adalah wanita yang menjadi ahli istana (istilah Inggerisnya adalah slave-girl). Istilah Arabnya pula Qiyan. Sungguh pun sebagai slave-girl beliau berada pada status tinggi. Hal ini demikian kerana kebolehan beliau sebagai penyanyi, penghibur, pemuzik dan pemuisi. Maka ada yang menamakan kumpulan slave-girls kategori berkenaan sebagai ‘the singing girls’.

Berikut adalah petikan dari sebuah artikel (source – link):

‘Arib al-Ma’muniyya was the most famous woman musician in the ninth century in the Abbasid caliphate. The caliph Harun al-Rashid’s boatmaster bought ‘Arib from a slave-trader. She claimed to be the daughter of Ja’far ibn Yahya, a Barmakid.

Berikut pula entri mengenai Arib di wiki. Nama beliau ditulis sebagai Arib al-Ma’muniyya.

Oleh kerana status dan peranan qiyan atau singing girls adalah istimewa maka banyak buku dan artikel yang telah ditulis mengenai tajuk qiyan dan singing girls.

Old Round City of Baghdad

– – – – –

Leave a comment