Kerajaan Mughal India

Kerajaan Mughal memerintah di kebanyakan wilayah India dan Pakistan pada kurun ke 16 dan ke 17. Ada pihak yang mengatakan Mughal sebenarnya adalah berasal dari perkataan Mongol. Lebih tepatnya Mughal adalah Mongol mengikut sebutan Arab dan Persia. Kelompok Mughal di India kebanyakkannya berasal dari etnik Turk bukannya dari Mongolia.

Pemerintah Mughal pertama iaitu Babur (1483-1530) dikatakan berasal dari darah keturunan Genghiz Khan disebelah ibunya dan keturunan Timurlane di sebelah bapa. Babur masuk ke wilayah India dengan melakukan serangan terhadap Lodi Kingdom (dan Delhi Sultanate) pada April 1526. Pada ketika itu Sultanate Delhi diperintah oleh Ibrahim Lodi.

Pemerintah Mughal India selepas Babur adalah Humayun (1530-1556), Akbar (1556-1605), Jahangir (1605-1627), Shah Jahan (1628-1658) dan Aurangzeb (1658-1707). Selepas Aurangzeb kerajaan Mughal diperintah oleh beberapa pemimpin lagi namun keagungannya telah menurun dan berakhir dengan kejatuhan.

Salah sebuah bangunan dalam kompleks Taj Mahal

– – – – –

Leave a comment