Pertempuran Period Selim II

Pentadbiran Selim II sebenarnya banyak diserahkan kepada Perdana Menteri beliau bernama Mehmed Pasya. Tidak berapa selepas naik takhta pada 1567 Selim II membuat perjanjian damai dengan Austria. Selim II juga mengiktiraf kekuasaan beberapa wilayah seperti Wallachia dan Bogdan (Moldova). Pada 1568 berlaku pula pergolakan di Yaman ditimbulkan oleh puak Syiah Zaidiyah. Pergolakan tersebut dipimpin oleh Imam Muhtar dan Selim II menghantar Hidir Reiss untuk menghadapi ancaman tersebut. Pada ketika itu Hidir Reiss sedang dalam perjalanan ke Aceh untuk misi membantu. Namun beliau terpaksa membatal rancangan ke Aceh sebaliknya belayar ke Yaman.

Pada 1569 Selim II mengadakan perjanjian dengan Raja Charles IX Perancis. Dikatakan juga perjanjian sebeginilah yang kemudiannya membawa kepada kehancuran Ottoman. Satu perkara yang berlaku ketika pemerintahan Selim II adalah jatuhnya wilayah Astrakhan pada 1557 ke tangan Russia. Akibatnya terhalangnya perjalanan jemaah Haji yang melalui Krimea. Pada 1569 Ottoman cuba untuk menguasai semuala Astrakhan. Namun cubaan Ottoman tersebut gagal. Menambah kusut keadaan apabila Laut Mediterranean juga sentiasa terganggu kepada pelayar dari Ottoman.

Maka pada 1571 Selim II mengarah pasukan Ottoman untuk menawan Cyprus. Mehmed Pasya tidak bersetuju dengan tindakan Selim II kerana bimbang berlaku semula Perang Sabil. Kebimbangan Pasya ternyata benar apabila berlakunya Perang Lepanto di antara pasukan Kristian pimpinan Don Juan menyerang angkatan Ottoman. Perang Lepanto menyebabkan kekalahan besar kepada Ottoman.

Namun kekalahan Ottoman dalam Perang Lepanto dapat ditebus semula apabila dapat menawan Tunisia pada 1574. Ottoman berjaya menewaskan pasukan kuasa besar Kristian Sepanyol dan Jerman.

Selim II died on December 15, 1574, because of head injuries sustained due to a fall. He was buried in a tomb at Hagia Sophia in Istanbul. He was the first of the few Sultans who died in Istanbul. Source: famous people – link.

Selim died in the Topkapı Palace after a period of fever brought on when he drunkenly slipped over on the wet floor of an unfinished bath-house, getting a head injury. Source: peoplepill dot com link.

23 selim ii

Senibina sebahagian Masjid Selim II

– – – – –

Leave a comment