Ottoman ke5 Sultan Mehmed (1413-1421)

Perang saudara Ottoman berakhir pada 1413 dengan kejayaan Mehmed Celebi menewaskan adik beradik yang lain. Selanjutnya Mehmed diangkat sebagai Sultan Ottoman ke5. Beliau juga digelar sebagai pengasas kedua kerajaan Ottoman kerana usaha beliau membangun semula Ottoman yang runtuh selepas berperang dengan Tamurlane.

Mehmed berjaya merampas semula Anatolia dari penguasaan Tamurlane. Beliau juga berjaya menewaskan Musa yang menguasai Rameli dan Musa terbunuh pada 1414. Maka dengan itu Mehmed dapat merampas kembali Bursa, Amasya serta Izmir pada 1414.

Selain dari pergolakan dengan saudara yang lain Mehmed juga berdepan dengan pemberontakan oleh seorang tokoh ulama bernama Syeikh Bedruddin. Ada berbagai versi tentang siapa sebenarnya Syeikh Bedruddin. Apa yang jelas beliau ialah tokoh yang menyokong Musa Celebi. Bedruddin juga bermazhab Syiah Batiniah. Beliau melancar pemberontakan pada 1416. Mehmed akhirnya berjaya menangkap Bedrudin dan beliau akhirnya dihukum bunuh pada 1420.

Seorang lagi penentang Mehmed ialah Mustafa Celebi. Beliau pernah ditahan Tamurlane ketika Perang Angkara bersama ayahnya Bayezid. Tamerlane membebas Mustafa dan menyerah beliau kepada kerajaan Byzantine. Namun ada sejarawah yang menyebut Mustafa yang menentang Mehmed adalah Mustafa yang palsu (bermakna sebenarnya dia bukan anak Bayezid). Perkara berikutnya Mehmed bersetuju membayar Byzantine sejumlah wang sebagai biaya menahan Mustafa dalam tahanan supaya tidak mencetus pergolakan dengan Mehmed.

Mehmed meninggal dunia di Edirne pada tahun 1421 ketika usia 43 tahun. Jenazah Mehmed dimakamkan di Bursa. Mehmed diganti oleh anaknya Murad sebagai mewarisi kerajaan Ottoman.

Peralatan ukur lama LSGI

– – – – –

Leave a comment