Sebab Kekalahan Bayezid

Kejatuhan Bayezid akibat kekalahan di tangan Tamurlane dalam Perang Ankara pada 1402 amatlah memilukan. Bayezid yang mencapai berbagai kejayaan terutamanya Perang Nikopol tetiba boleh tewas dan lebih tragik menjadi tawanan pula kepada Tamurlane. Pasukan tentera Tamurlane memang jauh lebih besar berbanding Bayezid. Pasukan Bayezid pula ramainya askar di kalangan bangsa Serbian yang terpaksa diarah turut ke medan perang bila mana askar Muslim ramai yang menarik diri. Satu sebabnya mereka menarik diri adalah kerana enggan berperang melawan sesama Islam.

Beberapa punca yang menyebabkan Bayezid kalah di tangan Tamerlane adalah:

1 strategi bijak yang diatur Tamelane di Lembah Cubuk

2 Menyekat bekalan air sehingga tentera Bayezid menderita dahaga kehausan

3 Sebahagian pasukan yang menyertai Bayezid berpaling tadah (mereka adalah kumpulan dari Aydin, Germiyan dan Mentese).

Ruang tidur sebuah penginapan Hung Hom

– – – – –

Leave a comment