Ottoman ke28 Selim III 1789-1807

Selim III naik takhta sebagai Ottoman ke28 selepas kematian Abdul Hamid I pada 1789. Beliau adalah anak kepada Mustafa III (Ottoman ke26). Selim III naik takhta pada usia 28 tahun. Cabaran besar ketika pemerintahan Selim III adalah siri peperangan dengan Russia dan Austria dan Ottoman menerima kekalahan demi kekalahan. Satu peristiwa besar yang berlaku pada period Selim III naik takhta ialah tercetusnya Revolusi Perancis 1789.

Pada 1793 Salem III memperkenal revolusi pentadbiran Ottoman yang dimulai dengan penubuhan pasukan tentera Nizam-i Jedid (ada yang eja Cedid; terma dalam English ialah New Order). Inovasi ini tercetus impak dari kejayaan Eropah melalui Revolusi Perancis. Pembesar yang ditugas mengetuai Nizam-i Jedid ialah Mustafa Resyid Pasya.

Idea inovasi Nizam-i Jedid Selim III mendapat tentangan besar di kalangan rakyat dan juga pembesar Ottoman lain. Pada Mei 1807 berlaku kemuncak penentangan di mana kumpulan besar penentang berarak masuk ke kota Istanbul. Mereka bergabung dengan Janissari dan seterusnya berjaya menjatuhkan Selim III dari takhta. Selim III akhirnya dibunuh pada Julai 1808 atas arahan pengganti beliau sebagai Ottoman ke29, Sultan Mustafa IV.

seraglio topkapi

Seraglio, Topkapi – (link)

tempat Salem III ditahan dan kemudian dibunuh

– – – – –

One Response to “Ottoman ke28 Selim III 1789-1807”

  1. Buku Ottoman Salem III | geopractice Says:

    […] III memerintah sebagai Sultan Ottman ke28 pada period 1879-1807 (baca – geoab). Sebuah buku tentang Salem III bertajuk “Innovation and Empire in Turkey: Sultan Selim III […]

Leave a comment