Ottoman ke19 Sultan Mehmed IV (1648-87)

Setelah kematian Sultan Ibrahim yang dibunuh oleh pemberontak pada 1648 naik menjadi Sultan Ottoman ke19 ialah anak beliau Mehmed IV.

Pada awal period pemerintahan Mehmed IV iaitu dari 1648-1656 yang berkuasa penuh ialah nenek beliau iaitu Kosem Sultan sehinggalah ia meninggal dunia pada 1651. Kemudian diikuti oleh ibu Mehmed IV bernama Turkan Hatice Sultan (dari 1651-56). Period awal ini juga menyaksikan berlakunya pemberontakan oleh tentera Janissari bersama tentera Sipahi. Di kalangan pembesar yang berkuasa timbul pula pertembungan di antara Kosem Sultan dengan wazir Sofu Mehmed Pasya. Kosem Sultan juga sebelum kematian beliau ia punya rancangan untuk membunuh Mehmed IV.

Period pemerintahan Mehmed IV dari 1656 – 1676 merupakan period tadbiran keluarga Koprulu. Period yang amat berjaya ini dikemudi oleh dua tokoh Koprulu. Antara kejayaan mereka adalah berjaya menamatkan ttentangan pemberontakan Jalali. Pada 1657 Koprolu juga berjaya mengalahkan blockade yang dilakukan oleh Venice. Kejayaan terbesar Koprolu adalah berjaya mengalahkan tentera Russia pada 1659.

Tahun 1683 merupakan tahun duka pemerintahan Mehmed IV kerana gagal dalam usaha menawan kota Vienna, Austria. Kegagalan tersebut menyebabkan wazir Kara Mustafa telah dihukum bunuh. Impak dari kegagalan tersebut juga telah menimbulkan pemberontakan pasukan Janissari.

Sultan Mehmed IV diturunkan dari takhta melalui pemberontakan oleh Janissari. Turut menjadi mangsa ialah wazir Sijavus Pasya yang mati dibunuh. Selepas dijatuhkan Mehmed IV telah di kenakan tahanan di Istana Topkapi. Beliau akhirnya meninggal dunia di Istana Edirne pada 1693. Pengganti Mehmed IV sebagai Ottoman ke20 ialah adik beliau Sultan Suleyman II (r.1687-1691).

40 Yeni_Valide_mosque Üsküdar

Yeni Valide Mosque, Uskudar

Bina pada 1708-10 oleh Sultan Ahmed III untuk ibunya

Baca wiki dan raillynews (link)

– – – – –

Leave a comment