Ottoman ke18 Sultan Ibrahim (1640-48)

Sultan Ottoman ke18 menggantikan Sultan Murad IV ialah Sultan Ibrahim. Beliau adalah adik kepada Sultan Murad IV (Ottoman ke17). Sultan Ibrahim naik takhta ketika berusia 24 tahun. Beliau mewarisi tahkhta kerana Sultan Murad IV tidak mempunyai anak lelaki. Sebelum menjadi sultan Sultan Ibrahim hidup dalam depresi yang memanjang. Beliau kehilangan ayahnya, Sultan Ahmed I, ketika usia dua tahun. Beliau juga menyaksikan sendiri trauma yang dialami Sultan Mustafa I yang hidup stress dan kemudian dibunuh oleh kumpulan Janissari. Sultan Ibrahim juga mengalami trauma akibat terbunuhnya abang-abangnya Bayezid, Suleyman dan Kazim kerana amalan fracticide. Sehingga beliau sendiri ternanti-nanti nasib buruk yang bakal menimpanya.

Period pemerintahan Sultan Ibrahim selama lapan tahun boleh dibahagi dua period – empat tahun pertama sebagai gemilang manakala empat tahun kedua zaman yang kecundang. Kejayaan pada empat tahun pertama dicapai dengan sumbangan oleh wazir Mustafa Pasya yang berkhidmat cemerlang. Manakala period empat tahun kedua situasi mula kacau apabila Mustafa Pasya telah dihukum bunuh kerana hasutan ibu Ibrahim (Kosem Sultan atau Valide Sultan).

Pentadbiran negara bertambah parah apabila Ahmed Pasya memegang jawatan sebagai wazir besar pada 1647. Penentangan terhada Ahmed Pasya bertambah besar sehingga tercetus pemberontakan oleh Ali Pasya yang memegang jawatan gabenor Sivas. Pemebrontakan tersebut berakhir dengan pemecatan Sultan Ibrahim dari jawatan beliau. Pemberontak melantik anak Sultan Ibrahim bernama Mehmed IV sebagai pengganti yang ketika itu baru berusia tujuh tahun. Sultan Ibrahim mulanya dikurung namun akhirnya dibunuh dan dimakamkan di Masjid Ayasofia pada 1648.

36 Kocatepe-Ankara

Kocatepe Mosque Istanbul (jadaliyya dot com – link)

– – – –

Leave a comment