Abbasid ke-25 al-Qadir (r.991-1031)

Abbasid al-Qadir (b.947) adalah cucu al-Muqtadir, Abbasid ke-18. Beliau diangkat sebagai khalifah mengganti sepupunya al-Ta’i oleh emir Buwayhid Baha ad-Dawla. Perlantikan al-Qadir disambut gembira oleh rakyat. Beliau terkenal dengan budi mulia, memiliki komitmen tinggi terhadap agama dan suka bersedekah. al-Qadir juga menjalin hubungan baik dengan Baha ad-Dawlah.

Baha ad-Dawlah meninggal dunia pada 1013 ketika usia 42 tahun. Beliau memegang kuasa selama lebih 24 tahun.  Baha diganti oleh anaknya dengan gelaran Sultan ad-Dawlah yang berkuasa selama 8 tahun. Kemudian diganti pula oleh Musyrif ad-Dawlah. Selepas enam tahun diganti pula oleh Jalal ad-Dawlah.

Pada ketika period al-Qadir pengaruh pembesar Buwayhid di kalangan Abbasid sudah mula menurun. Sebaliknya puak Seljuk Turki pula yang mula bertapak semula. Sehingga mereka memain peranan dalam menentu penggantian pembesar Buwayhid.

Ketika pemerintahan al-Qadir beliau menegak Sunni dengan menjadikan Hambali sebagai mazhab rasmi, berlawanan dengan golongan Ismaili yang diamalkan oleh kerajaan Fatimid Mesir. al-Qadir pernah mengarah Baha ad-Dawlah bertindak terhadap Fatimid Mesir yang ketika itu dipimpin khalifah al-Hakim.

al-Qadir juga seorang yang kuat menentang Muktazilah. Suatu yang menarik adalah al-Qadir turut menulis kitab agama. Kitab tersebut dibacakan pula dalam pengajian di masjid pada period pemerintahan beliau.

al-Qadir meninggal dunia pada 1031M usia 83 tahun. Beliau memegang khalifah untuk tempoh yang lama iaitu 41 tahun. Pengganti al-Qadir sebagai khalifah adalah anaknya al-Qa’im.

Baca tesis phd McGill 2002 tentang al-Qadir. Link – udjong.

MtSN Padang Panjang, Sumatera Barat

– – – – –

Tags: ,

One Response to “Abbasid ke-25 al-Qadir (r.991-1031)”

  1. Abbasid ke26 Al-Qaim (r.1031-1075) | geoabbasid's Blog Says:

    […] Seorang lagi Abbasid yang tersenarai sebagai pemerintah agung silam ialah Al-Qaim. Period pemerintahan Al-Qaim diliputi berbagai pergolakan yang datang dari berbagai puak. Puak Buwayhid banyak mendominasi pemerintahan Al-Qaim dan pemerintahan sebelum iaitu ketika bapa Al-Qaim, al-Qadir (r.991 1031 – entri). […]

Leave a comment