Abbasid ke-24 al-Ta’i (r.974-991)

Abbasid al-Ta’i adalah anak kepada khalifah al-Muti lahir pada 932M. Beliau mula memegang jawatan khalifah pada usia 43 tahun. Beliau mula menjadi khalifah Abbasiah ketika usia yang paling lanjut berbanding Abbasid yang lain. Ibnu Kathir menyebut umur pada 48 tahun (berbanding usia 43 tahun disebut as-Suyuti). Perlantikan al-Tai mengganti ayahnya al-Muti (d.975) yang dipecat oleh Amir Bakhtiar atau Izz ad-Dawlah (d.978).

Sebaik menjadi khalifah at-Tai melantik panglima tentera beliau bernama Sabaktekin sebagai Amir dengan gelaran Nasir ad-Dawlah. Beliau berbangsa Turki dan bermazhab Sunni. Sabaktekin merampas jawatan tersebut dari Izz ad-Dawlah yang berbangsa Parsi. Hal ini membawa kepada konflik perebutan jawatan amir ad-dawlah di antara Sabaktekin dengan kumpulan Izz ad-Dawlah.

Semasa konflik ini berjalan datang pula sepupu Izz Dawlah bernama Adud ad-Dawlah untuk membantu beliau berdepan dengan Sabaktekin. Apa pun Sabaktekin meninggal dunia sebelum pertempuran dan tempat beliau diganti oleh Aleptekin. Pertempuran di antara Aleptekin dengan kumpulan Adud ad-Dawlah berakhir dengan kekalahan Aleptekin.

Seterusnya Adud ad-Dawlah bergerak masuk ke Baghdad dan beliau bertindak menangkap Izz ad-Dawlah dan ditahan di penjara. Tidak lama kemudian Rukun ad-Dawlah pula masuk ke Baghdad bertempur dengan Adud ad-Dawlah. Rukun ad-Dawlah berjaya dan seterusnya beliau melantik semula Izz ad-Dawlah sebagai amir al-umara.

Pada 978 selepas kematian Rukun ad-Dawlah sekali lagi pasukan Adud ad-Dawlah memerangi Izz ad-Dawlah. Beliau terbunuh dan Adud ad-Dawlah kini menguasai Baghdad. Adud Dawlah mentadbir Baghdad dengan baik dan melakukan banyak sumbangan membaiki kerosakan sosial yang sekian lama. Adud ad-Dawlah berkuasa di Baghdad sehinggalah beliau meninggal dunia pada 984. Jawatan beliau diganti oleh anaknya yang bernama Samsam ad-Dawlah.

Selepas empat tahun memerintah Samsam diganti pula oleh adik beliau bernama Syaraf ad-Dawlah dan kemudian diganti pula dengan Baha ad-Dawlah. Pada 991 ketika period Baha ad-Dawlah beliau telah bertindak menangkap at-Tai dan melucut jawatan dan menyerahkan pula khalifah kepada al-Qadir sebagai pengganti.

Selepas diturun jawatan al-Ta’i tinggal dirumah khalifah al-Qadir sehinggalah beliau meninggal dunia pada 1003M ketika usia 76 tahun.

Musola bersebelahan Gerai Bika

Baca “Khalifah al-Ta’i: tak punya kuasa tak punya asa” geotimes 2018.

– – – – –

Leave a comment