Abbasid ke-18 al-Muqtadir (r.908-932)

Info Brill m/surat 541:

Beliau anak kepada al-Mu’tadid dan ibunya Shaghab berketurunan Greek. al-Muqtadir naik takhta pada usia terlalu muda 13 tahun sebaik al-Muktafi meninggal dunia. al-Muqtadir telah diturun jawatan dua kali. Kali pertama pada bulan keempat pemerintahan. Beliau telah diturun takhta buat tempoh singkat dan diganti oleh Abdullah bin al-Mu’tazz tetapi cuma sehari sahaja. Beliau diselamatkan oleh penguasa tentera Mu’niz al-Muzaffar selepas Abdullah bin al-Muazz telah segera dibunuh. Kali kedua pada Feb 929 diganti oleh adiknya Muhammad al-Qahir untuk dua hari. Peristiwa ini berlaku angkara pemberontakan tentera. al-Muqtadir sekali lagi diselamatkan oleh Mu’niz. Dihujung pemerintahan al-Muqtadir pada 932M berlaku sekali lagi pemberontakan tentera dan beliau terbunuh akibat serangan Mu’niz. al-Muqtadir diganti oleh adiknya Muhammad al-Qahir pada Oktober 932M.

Antara tokoh terkenal ketika period pemerintahan al-Muqtadir adalah pakar penterjemah Ishaq bin Hunain (d.911), explorer al-Fadlan, ahli astronomi al-Battani (d.923), ahli sejarah dan agamawan al-Tabari (d.923), ahli falsafah, kimia dan perubatan al-Razi (d.930), dan al-Farabi (d.950). Tokoh besar di luar kerajaan Abbasid Baghdad pula ialah Omar Qayyam. Beliau merupakan tokoh keilmuan di Andalus. Satu lagi nama besar adalah Mansur al-Hallaj yang diarah bunuh oleh al-Muqtadir pada 922M.

Baca –

Nadia Maria El-Cheikh “Servants at the gate: eunuchs at the court of al-Muqtadir”, JESHO, Brill 2005, 20 pages (dell routledge)

Maaike van Berkel “Political intercession at the court of caliph al-Muqtadir”, 11 pages, 2016 (dell routledge)

Good books on Abbasid eg Abbasid Studies IV – source

Kubah Hijau Masjid Nabawi

– – – – –

Tags: ,

Leave a comment